Selasa, 20 Mei 2014

Tips Untuk Membeli Laptop


Semua orang memerlukan komputer pada hari ini. Mesin ini telah menjadi sebahagian paling penting dalam kehidupan setiap orang. Bermacam-macam yang kita boleh lakukan dengan bantuan komputer. Pada masa kini laptop telah menjadi pengganti baru untuk komputer peribadi. Laptop mempunyai banyak kegunaan dan mudah di bawa kemana-mana sebab saiznya yang kecil. Laptop juga masih boleh digunakan ketika tiada sumber kuasa elektrik.

Di pasaran juga terdapat pelbagai jenis dan model laptop dan sehingga menyukarkan seseorang itu untuk memutuskan model apa yang hendak dibeli. Di sini XLAWS akan bagi beberapa tips untuk membeli laptop. Harap-harap tips ini memudahkan anda untuk membelinya nanti. =D

Pertama sekali, anda harus mengetahui spesifikasi dari setiap model laptop tersebut. Hal ini bergantung pada mengapa dan tujuan anda ingin membeli laptop tersebut. Jika anda menggunakan laptop sekadar untuk tujuan kerja pejabat. Maka, anda memerlukan simpanan Hard Disk yang lebih besar. Jadi anda boleh pilih laptop yang mempunyai spesifikasi RAM 2GB (tak kisah DDR2 atau DDR3. Tapi laptop zaman sekarang semua pakai RAM DDR3) dan 250GB Hard Disk.

Prosessor boleh dipilih berdasarkan beban kerja yang anda buat. Jika anda buat kerja banyak (banyak buka software) dengan nama lainnya multi tasking, anda mungkin patut membeli laptop yang mempunyai prosessor jenis multi-core. Ada prosessor yang lebih baik dari Intel & AMD yang mempunyai multi-core. Anda perlu membuat sedikit kajian untuk memilih yang terbaik untuk anda. (Biasanya pakai Intel Dual Core pun dah OK).

Jika anda membeli laptop untuk tujuan gaming atau hiburan, anda boleh membeli laptop gaming. Laptop gaming biasanya sudah tersedia dilengkapi dengan Graphic Card dan RAM DDR3. Laptop sebegini mempunyai simpanan yang lebih besar bermula dari 250GB hingga 1TB. Selain itu, mempunyai RAM yang lebih besar bermula dari 3GB hingga 8GB. Laptop gaming ini biasanya lebih panas sedikit kerana adanya RAM graphic card. Anda dinasihatkan membeli cooling pad untuk menyejukkan kembali laptop anda itu.

Jika anda adalah seorang pelajar, anda juga mesti mahukan sebuah laptop kan?. Sekarang ini, banyak laptop yang spesifikasinya mantap tetapi murah harganya telah dicipta khusus untuk para pelajar.

Laptop sebegini memiliki spesifikasi minimum. RAM mungkin lebih dari 2GB dan Hard Disk juga lebih dari 120GB. Spesifikasi ini tepat untuk mahasiswa serta mahasiswi dan tahap penggunaan bergantung pada tuan empunya badan. Sekiranya ingin membuat kerja multimedia. Jadi digalakkan untuk membeli laptop jenis gaming.

Untuk membeli laptop kita perlulah survey terlebih dahulu seperti melawat ke kedai-kedai di Plaza Lowyat, PC Fair dan macam-macam lagi untuk membuat penilaian dan perbandingan demi untuk kepuasan maksimum anda.

Semua spesifikasi laptop kebanyakkannya hampir sama, tak kira lah jenis model apa pun. Jadi, Pastikan sebelum membeli laptop anda bertanya kepada kawan yang pakar dalam hal ini dan membuat sedikit survey di internet dan di kedai-kedai supaya laptop tu memiliki ciri-ciri yang anda mahukan selama ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar